Tuesday, 26 August 2014

RESEPSI KAK SYURA (21/08/2014)

Alhamdulillah..selesai sudah resepsi berinai kak Syura Jamal
Inai merah di jari..
Esok hari yg di nanti2..
Aku akn di gelar isteri..
Utk kau yg kucintai..
Selamat pengantin baru..

                                                      SELEPAS DI CUCI

SEBELUM DI CUCI
UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN WHATSAPP  0172102541 DIELLA

Thursday, 21 August 2014

TIPS PERMAKAIAN INAI PENGANTIN


1. Warna Inai Mengikut Kulit

Tahukah anda bahawa warna inai bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Kalau pemakainya berkulit putih melepak, warna inai akan menjadi jingga bercampur kemerahan. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, maka warna inai akan cenderung menjadi lebih gelap. Jika pemakainya memiliki kulit hitam-hitam si tampuk manggis, warna inai akan menjadi merah seperti darah beku atau merah hati.

2. Memiliki Warna Inai yang Kekal
 
Bayangkan anda telah memakai inai dan berharap hasilnya membanggakan tetapi yang anda dapat hanya warnanya yang pudar.Tentu kecewa. Aturkan cara pemakaian inai yang betul. Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari anada bersih dari cela dan kekotoran. Selepas inai sudah kering, elakkan daripada mencuci dengan air sebaliknya pilih sapuan minyak bayi. Jangan pula merendam tangan di dalam sabun atau peluntur. Itu juga memudarkan warna inai.
3. Waktu yang sesuai.
Biasanya inai dipakai beberapa hari sebelum majlis perkahwinan. Sebab itu adat melayu mengkhususkan malam berinai. Pastikan memakai inai 1-2 hari sebelum hari bahagia anda. Jangan pakai inai terlalu singkat kerana ianai mengambil masa untuk kering dan tampak emerahan. Sekurang-kurang 2 jam, masa yang minimum untuk pemakaian inai.
4. Teknik Menanggalkan Inai
Jangan membuka inai dengan kasar, sebaliknya kopek secara perlahan-lahan. Jika masih melekat, gunakan tisu kering. Lapkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan di tempat pemakaian inai. Jangan pula kosong terlalu kuat kerana takut inai itu pudar. Teknik ini digunakan untuk bakal pengantin yang merias corak inai di tangannya.
5. Memilih teknik tradisional

Ini pengantin lebih senang memakai inai tiub. Namun kembali kepada teknik tradisional juga boleh mendapatkan hasil inai yang cantik. Ambil daun inai dan jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga hancur dan lumat bersama gambir, arang dan nasi (untuk membuat inai melakat di jari). Gumalkan campuran tersebut mengikut bentuk jari anda. Pemakaian inai ini memerlukan masa semalaman. Tetapi hasilnya memang mengagumkan.

Tuesday, 19 August 2014

HUKUM PEMAKAIAN INAI MENGIKUT SYARAH ISLAM



HUKUM BERINAI (2)
Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.


Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.

Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

Wednesday, 13 August 2014

DAUN INAI KEGUNANAN DAN KHASIATNYA


Banyak khasiat dan kegunaan inai. Yang kita tahu inai ni di pakai masa nak naik pelamin dan inai juga digunakan sebagai mandian semasa dalam pantang bersalin. Banyak petua-petua nenenk moyang yang mungkin dah dilupakan.. Saya kongsi kan serba sedikit kat sini.

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

 Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
 
  • Petua 1
    Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.

  • Petua2
    Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.


  • Petua 3
    Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
  •  Petua 4
     Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.
  •  Petua 5
     Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul

  •  Petua 6 
  • Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

    Wednesday, 6 August 2014

    PROMOSI UKIRAN INAI

    Salam...hye sume...dapatkan pr0mosi ukiran inai dengan harga serendah dari rm 1__???...terhad utk 10 org yg terawal sahaja...nak bagi design yg w0w dan ekslusif punya...
    ●ukiran inai atas tangan
    ●ukiran tapak tangan
    ● ukiran atas kaki
    ●ukiran keliling kaki
    ●INAI DAUN UTK JARI TANGAN DAN KAKI
    **FREE UTK PENGNTIN LELAKI
    **FREE UTK PENGAPIT 2TGN / AHLI KELUARGA....
    ★★★SESI BERINAI DI RUMAH Diella Zaimi...
    PM SEGERA (SAYA NAK BO0KING) 0172102541